PENGUNJUNG

10 August, 2015

Hari Pertama Kerja - Penat Gila!

Hari ni hari pertama aku mula kerja. Serius penat. Dengan dokumen tak lengkap tu kan. Merasalah aku pergi ke daerah seberang semata-mata nak lengkapkan dokumen.

Tu lah, siapa suruh goyang kaki masa duduk rumah. Kan dah kena!

Apa-apa pun, malam ni aku memanjakan diri dengan makan malam yang enak. Yeah!

08 August, 2015

Pindah Rumah - Oh, malasnya!

Hari ini aku akan masuk ke rumah sewa baharu. Oh malasnya. Kena angkut dan angkat barang sorang-sorang. Hurmm. Macam-macam benda nak buat. Harap-harap selamatlah sampai ke destinasi.

Apa-apa pun, lepas kemas bilik nanti, aku akan belanja diri aku dengan makan kat luar! Haha. 

Nak makan apa ya? Yang penting air nya harus Milo ais.

Oh yeah!

~penulis masih lagi berasa malas mahu keluar dari katil.

Lay Me Down - Sam Smith

Malam semalam terdengar lagu Lay Me Down oleh Sam Smith. Terngiang-ngiang okay di ruang fikiran aku. Sedap betul lagu ni. Kalau tak menang apa-apa anugerah tak tau nak cakap apa. 


Apa pendapat kau orang?Sedap ke tidak?

07 August, 2015

Barang-barang - Bila Dibiar Ada, Bila Dicari Tiada

Memang selalu macam tu kan? Kalau kita nak pakai sesuatu benda, masa tu lah dia hilang. Walhal, masa kita tak nak pakai nampak bersepah saja.

Pandai main silap mata ke?

Kisahnya aku mencari USB semasa zaman universiti. Sebab dalam tu ada nota-nota kuliah. Selongkar satu bilik tak ada. Aku panik. Hujung-hujung, cari dalam kereta, jumpa!

Syukur! Terus copy semua dlm laptop sebab tak ada back up. Aku terfikir, barang-barang ni ada kaki ke pandai main sorok-sorok? 

*mengeluh

06 August, 2015

Ujang dan APO? - Selamat tinggal kawan imaginasiku

Aku membesar bersama majalah Ujang & APO? Hari ini, syarikat MOY mengumumkan mereka akan menamatkan penerbitan majalah tersebut.
MOY Publication Sdn Bhd memaklumkan bahawa, syarikat itu kini mengambil keputusan untuk menutup operasi dua produk utamanya iaitu majalah Ujang dan Apo? bermula semalam.
 Sedih rasanya. Selamat tinggal, kawan..Semoga berjumpa lagi.

MH370 - 515 Hari Kemudian [update]

Sejak beberapa hari lepas, kecoh di media mengenai penemuan bahagian pesawat misteri di Pulau Reunion. 

Hari ini, PM telah membuat pengumuman dalam kenyataan media bahawa bahagian pesawat yang dijumpai adalah MH370.
Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.
Takziah buat ahli keluarga dan waris semua penumpang MH370. Semoga tabah.

p/s: Terasa sedikit rabun Geografi sebab tak tahu di mana Pulau Reunion. Oh tidak!

Emakku Tergosok Cicak

Kisahnya malam tadi. Aku berborak dengan emak di dapur.

     "Pagi tadi kan, masa mak gosok baju, mak tergosok cicak."

     "Ewww. Menjerit tak cicak tu?"

     "Haruslah menjerit.
"


Boleh pulak cicak ni main sorok-sorok dalam poket kan. Lepas ni haruslah periksa kocek dulu sebelum gosok baju. Takut tergosok cicak sekali.

05 August, 2015

SLIM - Sometimes, Less is More

Sudah setahun tidak menulis. Kini aku kembali. Mencatat kisah yang berlaku di sekitar aku. Blog baru, konsep haruslah baru kan. Konsepnya adalah catatan pendek. Jimat masa untuk penulis dan pembaca. Kan?

Tulis panjang-panjang, ada ke orang nak baca? Sebab tu lah orang putih ada kata, "Sometimes, less is more." Ringkas tetapi padat isi. Bukannya panjang tetapi serabut. 

Harapnya, konsistenlah aku mencatat peristiwa seharian. Selamat mencatat!